Jom kita semak sama2 ciri perwatakan sebenar mereka. Jika ada yang nak tambah sila tambah diruangan komen kita berkongsi bersama untuk kehidupan semua.
Rambut sama hitam, hati lain-lain, ini yang biasa kita dengar jika ada sesuatu kejadian yang berlaku, lebih-lebih lagi si pelaku adalah orang yang tidak disangka-sangka.
Bukanlah bermaksud, kita perlu bersangka buruk dengan semua orang, tidak salah untuk bersikap husnudzon, tapi ada baiknya juga kita cuba mengenali sesorang itu terlebih dahulu.
1. Tengok dia cerita benda baik atau buruk
Kalau dia selalu puji dan cerita baik pasal orang, dia ok. Tapi kalau dia sentiasa kutuk parent dia, guru dia atau members dia, ketahuilah bahawa dia jugak kutuk anda belakang anda.
2. Tengok ATTITUDE dia waktu marah
Kalau nak tengok akhlak seseorang calon tu, tengoklah perangai dia waktu dia marah. Cara dia layan orang yang dia benci.
Jangan tengok cara dia layan best friend, famili atau orang yang dia sayang. Hitler pun layan elok orang yang dia sayang.
Nabi s.a.w pesan bahawa orang yang kuat bukanlah orang yang paling pandai bertumbuk tapi orang yang paling penyabar.
Sebabnya dia akan guna bahasa jenis tu ke atas anda bila dia marah kat anda.
3. Tanya orang yang musafir dengannya
Zaman Saidina Umar dulu, seorang laki ni nak jadi penjamin. Saidina Umar tanya bakal penjamin tu samada dia kenal betul orang yang nak dijamin. Rupanya, tak kenal sangat.
Saidina Umar tanya samada pernah travel bersama pasal ini membolehkan kita kenal dia. Pun tak pernah.
Rupanya, bakal penjamin tu sanggup jadi penjamin pasal orang yang nak dijaminnya tu nampak alim dan kaki masjid.
Saidina Umar suruh orang tu balik dan jangan jadi penjamin pasal sebenarnya orang tu tak kenal pun orang yang nak dijaminnya.
4. Pastikan orang tu takde ciri munafik
Orang munafik ni bila dia janji kat orang, dia khianat.
Bila bercakap, dia menipu.
Bila bergaduh, dia berlebih-lebihan.
5. Tengok cara dia handle power
Tengok perangai dan kelaku dia bila dia diberi kuasa. Kalau dia sibuk jatuhkan orang, buat duit atau aniaya orang, itulah wajah sebenar dia.
6. Tengok circle kawan-kawan dia
7. Bahasa
Tengok jenis bahasa dan ayat yang dipilih. Kalau dia jenis yang lembut, positif dan friendly, kita akan nampak daripada bahasa dia.
Kita rasa seronok berbual dengan dia. Kalau dia jenis bahasa teruk, orang sanggup tukar jalan dari bertembung dengan dia.
8. Berkawan
Tengok dia bila dia dalam keadaan susah dia akan mencari anda.
Jika dia ada masalah dia akan minta anda temani dia.
Bila dia sudah senang mulai lupakan anda dan menjauh dari anda dan mulai rapat dengan kawan yang lain.
9. Bersama anda untuk mendengar masalah anda dan mulai menjauh selepas anda menceritakan masalah anda.
Dia akan mulai mencari point untuk jatuhkan anda.
Jika anda tersilap langkah maka anda akan dijauhi dari semua orang kerana rahsia anda sudah diketahui tetapi malang nya rahsia anda diputar belit kan menjadi sesuatu salah sangka itu bermakna anda sudah ditikam belakang dengan orang yang lidah bercabang.
So, behave dalam berkongsi masalah anda pada sesiapa pun.
10. Alasan
Dia selalu mencari jalan untuk mengelak dari bertemu dengan anda selepas anda memberi sesuatu pinjaman seperti duit , kereta atau macam2 lagilah untuk dia melepaskan diri dari tersepit masalah dengan anda.
Satu tips last
Jangan sesekali judge seseorang based on kecantikan fizikal dia semata-mata.
The truth is, everyone is beautiful. It just takes the right person to see it.
No comments:
Post a Comment